Sunday, 14 October 2012

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 1

OBJEKTIF AM
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 1, murid dapat :
1. Mengetahui kesan malnutrisi;
2. Menyatakan institusi kekeluargaan dan isu berkaitan;
3. Menerangkan peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga;
4. Menghuraikan masalah remaja dan cara menghadapinya;
5. Mengamalkan keperluan makanan berdasarkan piramid makanan;
6. Mengklasifikasikan ubat dan dadah; dan
7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation, 
     Defibrillator ( D.R.A.B.C. D).


TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1. Kesihatan Diri.
Malnutrisi merupakan masalah pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi/berlebihan.
(i) Definisi
(ii) Jenis penyakit malnutrisi
(iii) Kesan malnutrisi
                - kurang darah
                - sembab
                - mudah pitam
                - tidak bermaya
                - obesiti


Murid dapat :
ARAS 1
-Menyatakan maksud malnutrisi.
-Menyenaraikan penyakit malnutrisi.
ARAS 2
-Menjelaskan kesan penyakit malnutrisi.
ARAS 3
-Mengenalpasti tanda dan symptom malnutrisi.



Guru boleh merujuk cadangan berikut bagi mencapai hasil pembelajaran.
-Perbincangan tentang jenis
penyakit malnutrisi.
-Kuiz.
-Kajian kes berkaitan tanda dan
simptom pengidap malnutrisi.
-Menggunakan rujukan pelbagai
media berkaitan dengan akibat
malnutrisi.
-Melawat hospital.
Guru juga boleh mencadangkan
aktiviti pembelajaran lain mengikut
kebolehan murid.

2. Kekeluargaan.
Setiap ahli keluarga mesti memainkan peranan masing-masing bagi memantapkan institusi
kekeluargaan dan mengelakkan masalah
kekeluargaan.
(a) Institusi kekeluargaan
(i) Makna perkahwinan
(ii) Kerukunan rumah tangga
(iii) Menghormati
                - orang tua
                - orang sakit
                - orang berkeperluan khas
(b) Isu kekeluargaan
(i) Persefahaman
(ii) Menghormati antara satu sama     lain
(iii) Jurang generasi
(iv) Lari dari rumah

Murid dapat:
ARAS 1
-Menyatakan makna perkahwinan dan kerukunan rumah tangga.
-Menyatakan cara menghormati orang yang lebih tua, ahli keluarga yang sakit dan orang berkeperluan khas.
-Menyatakan isu-isu semasa kekeluargaan.
ARAS 2
- Menerangkan cara penjagaan warga tua, ahli keluarga yang sakit dan orang istimewa.
ARAS 3
- Membincangkan peranan ahli keluarga untuk
mencapai ciri-ciri keluarga bahagia.


- Menyediakan folio tentang isu kekeluargaan.
- Main peranan.
- Perbincangan dalam kumpulan kecil.
- Meneroka isu sumbang mahram

Friday, 5 October 2012

pemakanan seimbang



  Doktor menyuruh kita mengamalkan makanan seimbang dan bersenam untuk kekalkan kesihatan atau mengembalikan kesihatan kita yang sudah terjejas. Kita perlu mengambil makanan seimbang agar kita mendapat zat-zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kekalkan kesihatan atau memulih tahap kesihatan yang sudah menurun atau terjejas.
Dapatkan kita mengamalkan pemakanan atau diet seimbang seperti yang disarankan?
Saya cuba analisa pola pemakanan saya semasa hari berkerja untuk tengok sama ada saya dapat memenuhi keperluan tersebut:

Sarapan:
 Nasi/bihun goreng + telor goreng/ayam goreng atau nasi lemak dengan telor goreng/kerang/paru-paru goreng/sotong/sambal ikan bilis.

Makan tengahari:
 Nasi dengan satu jenis sayur + 1 ekor ikan/1 ketul ayam/1 senduk daging. Buah? Selalunya tidak dijual dikantin, kalau nasib dapatlah tembikai, betik, nenas atau tembikai susu. Kalau ada, ambillah sepotong.

Makan malam di rumah, tiada banyak bezanya. Nasi bersama satu/dua jenis lauk dan satu jenis sayur. Kadang-kadang tak da sayur.

Nampaknya pola pemakanan harian saya tidak memenuhi keperluan pemakanan seimbang. 

Menurut garis panduan pemakanan Kementerian Kesihatan (rujuk grafik piramid makanan di atas), kita perlu makan 4-8 hidangan bijirin seperti nasi, gandum, jagung. Boleh juga ambil ubi. Sekurang-kurangnya setengah dari bijirin yang diambil mestilah bijirin penuh; kalau nasi – beras coklat, kalau roti – dari gandum penuh. Nasihat KKM, bila masak nasi, campurkan beras putih dengan beras coklat 50-50. Kalau tak nak, 50% dari karbohidrat kita mestilah dari roti/makanan yang diperbuat dari gandum penuh.

Kita juga kena ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur-sayuran atau 2 hidangan buah-buahan. Makanan ini dikaitkan dengan pengurangan risiko mendapat diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kanser. Garis panduan tersebut juga menasihatkan kita supaya mengambil daging, makanan laut dan ikan secara sederhana. kita dinasihatkan supaya lebih memakan ikan. Hasil tenusu – 1 hingga 3 hidangan sehari.

Garam, gula, minyak dan lemak? Semua orang tahu, kena kurangkan. Tapi kalau dah makan kat luar (kat warung atau restoranlah), banyak mana mereka taruh manalah kita tau. Yang pasti, bukan sedikitlah.

Dapatkah kita penuhi keperluan pemakanan seimbang? Kalau hari-hari makan di kantin tempat kerja, atau makan kat luar, nampaknya tak dapatlah. Kenalah bawa bekal dari rumah. Kalau tak boleh juga penuhi keperluan makanan seimbang, dan masih ingin kekalkan kesihatan yang unggul, kenalah ambil pemakanan tambahan.

Sumber grafik: 
Kementerian Kesihatan Malaysia
www.nutrition.moh.gov.my

POST BY : OCTOVIA

Monday, 1 October 2012

SENARAI TUGAS KP PJK


Senarai tugas – Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
01. Mengemakini stor PJ setiap masa.
02. Merekod dan mengatur alat-alat PJ.
03. Sentiasa menjaga kebersihan stor PJ.
04. Merancang dan mengadakan latihan-latihan untuk menyertai semua pertandingan permainan dan sukan antara sekolah.
05. Menghadiri mesyuarat kurikulum dan mesyuarat-mesyuarat lain.
06. Menetapkan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat panitia.
07. Mempengerusikan mesqyuarat panitia masa pelajaran.
08. Membuat semakan buku latihan pelajar.
09. Menyemak Indeks Kerja Guru
10. Mengadakan usaha khidmat bimbingan kepada ahli-ahli panitia.
11. Mempastikan setiap ahli mempunyai Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran. Rancangan pengajaran Tahunan Takwin dan aktiviti panitia.
12. Mempastikan soalan-soalan peperiksaaan siap lebih awal dan menyelaras soalan-soalan ujian.
13. Memastikan fail-fail panitia lengkap dan kemaskini.
14. Menaip analisis selepas setiap ujian.
15. Meyemak kertas ujian sebelum dicetak.
16. Meyediakan carta organisasi panitia PJ dan PK.
17. Mengumpul dan menyusun laporan tentang aktiviti luar dan dalam sekolah panitia PJ dan PK.
18. Meyelia latihan wakil-wakil sekolah sebelum menyertai pertandingan.
19. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru dair semasa ke semasa.
20. Mengumpul kertas-kertas soalan selepas setiap ujian.
21. Memberi khusus dalaman selepas menghadiri kursus.
22. Menyediakan laporan selepas khusus dalaman.
23. Memilih buku-buku teks, buku kerja yang sesuai untuk murid-murid.
24. Menyedia pelan tindakan tahunan.
25. Menyediakan Budget PCG.
26. Mengedar buku-buku rujukan kepada ketua kumpulan.
27. Mengumpul Maklumat – jadual waktu mengajar semua guru PJ dan PK.
28. Memastikan maklumat diri guru PJ dan PK dikemaskini.
29. Memimpin wakil-wakil sekolah menyertai pertandingan.

POST BY : OCTOVIA