ABAD KE-21
Abad
ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Kalendar
Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga
adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula
dengan tahun 1. Biasanya, penggunaan umum menganggap bahawa abad ke-21
berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2999.
Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang
memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telah
pun diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan
permulaan abad ke-21. Dekad-dekad sering dianggap sebagai bermula dengan tahun
sifar dan diberikan nama yang sewajar, umpamanya "2010-an" dan
sebagainya. Serupa dengan tempatnya abad ke-20 dalam penamaan "20th
century Fox", abad ke-21 telah dipergunakan dalam nama pelbagai syarikat
dan organisasi. (Sumber : Wikipedia bebas dalam Versi Bahasa Melayu; Tarikh
akses : 24 September 2010).
PENDIDIKAN ABAD KE-21
Aristotle
pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan
belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat
berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita.
Pendidikan
adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam
pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana
usaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan
datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang
boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang
tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
Sektor industri pendidikan di negara
sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan
pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan (centre for academic excellence) di rantau Asia dan
juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini
meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau
memperoleh status "World Class Education".
‘Pendidikan
Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam
membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan
dinamis, iaitu :
- Pembangunan
tenaga manusia
- Kepesatan
pertumbuhan ekonomi
- Pembaikan
taraf dan kualiti kebajikan sosial
- Pemodenan
dan reformasi sosial masyarakat
- Kecemerlangan
budaya fikir dan intelektual
- Pembangunan
teknologi dan sains
- Kejayaan
meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.
‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan
satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti
pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi
dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang
berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu
berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintis kan
alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi
mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat
antarabangsa.
Kesimpulan
Dalam menuju ke arah pendidik dan
pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah
memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu
dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan
insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif
dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan
bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya
kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang
menyeluruh dan bersepadu.
GURU ABAD KE-21
Menurut Kamus
Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin syed
Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ). Guru adalah merupakan
sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu
baik, sekiranya agen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin
disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.
Bagi mencapai
hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21,
seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :
1. Menguasai Pelbagai Bidang.
Penting bagi
seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri
mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang
mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru
yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran
Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru
seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam
(Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu
menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran
berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan
diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.
2. Mengikuti Perkembangan
tentang Dasar dan Isu Pendidikan.
Seseorang guru
yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya
perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan
memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan
ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus
membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.
3. Mahir Dalam Pedagogi
(Pengajaran & Pembelajaran).
Kekuatan
profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran
abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan
pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau
pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu
bergantung kepada guru (teachers-centred).
Bagi melahirkan
modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu ‘wajib’
mencuba untuk mengadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P
contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan
kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan
positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.
4. Menggunakan Teknologi
Terkini.
Seseorang guru
itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri
dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan
penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu
bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan
pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian.
5. Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).
Beretika
merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat
yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di samping
pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan
perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungannya sesama manusia.
Ciri-ciri yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan
datang iaitu:
- ·
Kaya maklumat (termasuk
sains dan teknologi)
- ·
Kekuatan minda (kreatif dan proaktif)
- ·
Nilai-nilai luhur dan harmoni
- ·
Semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan,
dan
- ·
Keterampilan
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat
dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih perlulah dilengkapkan
dengan ciri-ciri berikut pula:
- ·
Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
- ·
Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi
(pengajaran dan pembelajaran)
- ·
Memahami perkembangan murid-murid dan
menyayangi mereka.
- ·
Memahami psikologi pembelajaran (cognitive
psychology)
- ·
Memiliki kemahiran kaunseling
- ·
Menggunakan teknologi terkini
- ·
Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan
penyelidikan mutakhir
- ·
Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan
orang lain
- ·
Memiliki keyakinan terhadap peranan dan
sumbangan sebagai pendidik
Tanggungjawab pendidik
1.
Membina budaya ilmu
a. Teknologi
dan perkomputeran
Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk
melengkapkan diri berketerampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi
serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat
untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
b. Kemahiran
berfikir dan pemikiran konstruktif
Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda
untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai
modal intektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan
pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
c. Kebolehan
menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas
Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketerampilan
mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan
kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of
learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum
sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa
berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa, dan kemajuan sejagat.
Kurikulum yang hendak digubal melalui 4 Pillars of Learning iaitu:
Ø
Belajar untuk menguasai ilmu
Ø
Belajar untuk menguasai kemahiran
Ø
Belajar untuk menjadi insan
berguna
Ø
Belajar untuk harmoni dan
bekerjasama
d. Menerapkan
nilai-nilai murni/ akhlak/ moral
Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan
tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini
sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan
kesejahteraan dan keharmonian negara.
e. Menguasai
pengetahuan dan kemahiran industri
Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan dasar
pembangunan negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber
manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh, dan
responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di
dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik,
teknologi dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
2.
Membentuk Masyarakat Madani
Pendidik yang professional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran
yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni.
Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak
masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek
teknologi maklumat dan industri "hi-tech", dengan pembentukan
rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat
madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam
sistem pendidikan kita sama ada secara formal mampu menyusun dan membentuk
masyarakat madani. Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan
warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai
ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang
dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi,
berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.
Kesimpulan
Perkembangan
dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator
asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga
manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotik dan memelihara
perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para
pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu
menghadapi alaf baru, abad ke-21.
MURID ABAD KE-21
Menurut Bernie Trilling dan Charles Fidel (2009)
berkaitan kemahiran abad ke 21, murid pada abad 21 perlu menguasai
kemahiran-kemahiran berikut:
·
Pemikiran kritikal dan
penyelesaian masalah
·
Kreativiti dan inovasi
·
Kolaborasi, kerja
berpasukan dan kepemimpinan
·
Pemahaman antara budaya
·
Literasi komunikasi, maklumat dan media
·
Literasi
pengkomputeran dan TMK
·
Kerjaya dan belajar
tanpa pergantungan (Career and learning self-reliance)
Untuk
memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan
kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan
kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus
pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan
kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-
·
kemahiran berfikir
secara kritikal dan kreatif
·
kemahiran berkomunikasi
secara berkesan
·
kemahiran menikmati
keindahan ciptaan dan seni
·
kemahiran membuat
pilihan dan membuat keputusan
·
kemahiran mencari,
menginterpretasikan dan mengaplikasikan maklumat
·
kemahiran bergaul dan
bekerjasama dengan orang lain
·
kemahiran kepimpinan
dan pengurusan
Di
dalam usaha ini, kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara
berikut :
(a)
Pembelajaran Koperatif
Kurikulum
berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh
pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan. Penglibatan
diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat keputusan,
mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan.
(b)
Berfikir Secara Kritis dan Reflektif
Fokus
aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan
sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya
mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa kepada perubahan
tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru.
(c)
Pengembangan Kreativiti
Kurikulum
perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir
secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan.
Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan.
(d)
Kemahiran Generik
Kemahiran-kemahiran
generik boleh guna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan
berketerampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang
berketerampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran
akan begitu mobile dan kerap bertukar kerja. Penguasaan kemahiran generik
memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan.
(e)
‘Multilingualism’
Arus
globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk
Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa
Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya menggunakan
segala maklumat dalam pelbagai bahasa.
(f)
Patriotisme dan Ketatanegaraan
Kesinambungan
pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan dilanjutkan. Kebudayaan
nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi identiti
kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi.
(g)
Penghayatan Nilai-Nilai Murni
Pemupukan
dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan di samping
nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik, beradab dan bermoral
tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa mengorbankan agama, akhlak dan
kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi
melaksanakan tugas terhadap dirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat manusia
serta alam sekelilingnya.
(h)
Pelbagai Kecerdasan
Setiap
individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbagai. Kesemua potensi
seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple
Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, spatial,
bodily-kinaesthetik, inter-personal, dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini
dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang.
(i)
Kemahiran Belajar Untuk Belajar
Kemahiran
belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata
pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk,
membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya
diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
KEMAHIRAN ABAD KE-21
Sebagai
seorang penjaga, pendidik atau pekerja pada era ini, kebanyakan dari kita memang
tidak dapat lari daripada ungkapan-ungkapan berhubung kepentingan kemahiran
abad ke -21. Secara ringkasnya, pendidikan atau pembelajaran abad ke-21
berkitar pada pendapat bahawa persekolahan selama 150 lalu ialah ciptaan abad
ke-19.
Persekolahan
kita harus diubah seiring dengan permintaan ekonomi terkini. Sekolah kemahiran
dan pembelajaran yang direka untuk menyediakan pelajar untuk bekerja dan hidup
dalam ekonomi perindustrian perlu pemikiran baharu.
Perubahan
diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi
oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk
pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi
terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan
perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke-21 dengan
peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Kebanyakan
kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika
dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad
ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam
membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih
perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan
guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan
seharusnya meningkat.
Pembelajaran
berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&P yang
boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran
Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar
perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
Tugasan
menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi
interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama
rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media
sosial seperti e-mel, Facebook atau blog.
Sumber
terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial
dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk
teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar,
connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan
Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat
seperti Wikipedia dan YouTube.
Jelas
sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan
perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat
sekolah atau bilik darjah. Walau
bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan
kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan
perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas
yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad
ke-21.
Seiring
dengan perkembangan yang berlaku dalam dunia global, bidang pendidikan turut
tidak terkecuali. Beberapa kajian tentang kemahiran dan tahap kompetensi yang
diperlukan oleh seorang mahasiswa dalam abad ke-21 ini telah dilakukan di
serata dunia. Kajian yang dijalankan oleh D'Andrea dan Daniels (2002) misalnya,
mendapati bahawa mahasiswa memerlukan kemahiran baru untuk lebih berjaya dalam
dunia pendidikan dan juga kehidupan seharian. Contohnya:
·
Komunikasi
-Pertukaran
pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan.
·
Kepekaan Silang Budaya
-Dapat
memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya.
·
Pelbagai Bahasa
-Keupayaan
untuk berkomunikasi menggunakan lebih dari satu bahasa.
·
Kemahiran Mengurus
-Keupayaan
untuk mengurus dan membantu orang lain melaksanakan, menyelesaikan masalah dan
konflik.
·
Kerja Berpasukan
-Dapat
bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat.
·
Kreativiti
-Dapat
menyumbangkan pemikiran yang berbentuk kreatif dan artistik dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
·
Keupayaan Untuk
Menyesuaikan Diri
-Mempunyai
kemampuan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan.
·
Empati
-Kemampuan
untuk memahami perasaan dan idea orang lain dari sudut pandangan mereka.
·
Pengurusan Stress
(Relaxation)
-Berkemampuan
untuk mengawal situasi stress dan mengenal pasti punca stress.
·
Etika Kerja
-Dapat
mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi.
·
Disiplin Diri
-Dapat
mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi.
·
Tanggungjawab
-Mempunyai
aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang tinggi.
·
Pemikiran Diskriminatif
-Keupayaan
untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza.
·
Kemahiran Tatabahasa
-Mempunyai
keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan idea yang lebih baik.
0 comments:
Post a Comment