UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM
PENDIDIKAN
SEMESTER 1 SESI 2012/2013
Tajuk Kerja Kursus:
PENGGUNAAN AIPAD/TABLET DALAM PENDIDIKAN
Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku
bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri. Saya sedar bahawa
tindakan sewajarnya mengikut Peraturan
Peperiksaan UMS akan dikenakan sekiranya saya bersalah mengikut peraturan
berkenaan. (Susun nama mengikut nombor matrik, tulis ‘Ketua’ selepas nama untuk
Ketua kumpulan)
NAMA
|
NO. MATRIK
|
||
LAW SIE CHONG
|
PT122120CT
|
||
MOHAMAD FARID BIN JEMIRI
|
PT122150CT
| ||
MUHAMMAD ZULHIMI BIN MARSAL
|
PT122162CT
|
||
OCTOVIA MAIKOL (KETUA)
|
PT122206CT
| ||
TADIUS JOSEPH DAANG
|
PT122277CT
|
Aplikasi
iPad dalam pendidikan.
Pengenalan
iPad, adalah
sebuah komputer berjenis tablet yang direka cipta oleh syarikat Apple. Di
pasarkan sebagai platform multimedia serbaguna di mana pengguna boleh membaca
buku (e-book), menonton video, mendengar muzik, bermain game dan melayari
internet. Saiz skrinnya adalah 9.7 inci untuk iPad2 dan 3 manakala iPad mini
bersaiz 7.9 inci. Kamera pula hanya terdapat pada generasi kedua dan seterusnya
(Ikhwan, 2011).
Penggunaan
iPad adalah sama seperti iPhone dan iPod, iaitu melalui skrin multi sentuh yang
membolehkan pengguna menggunakan lebih dari satu jari untuk menekan. Teknologi
skrin yang digunakan adalah jenis pengaktifan tekanan berbanding jenis yang
biasa pada telefon pintar iaitu pengaktifan haba. Skrinnya tidak menampakkan
kesan cap jari dan tahan calar. Skrinnya juga boleh mengubah tahap kecerahannya
secara automatik bergantung pada kecerahan persekitaran(Nor Hanis Hashim,2012)..
iPad dilengkapi
accelerometer, dimana ia boleh mengesan samaada anda menggunakannya dalam
keadaan menegak ataupun melintang. Ianya sangat berguna dalam navigasi
permainan game yang mana anda hanya perlu menyengetkan iPad anda untuk bergerak
ke-kiri atau ke-kanan. iPad generasi ke-2 dan seterusnya dilengkapi gyroskop,
khas digunakan untuk aplikasi dan permainan (Apple store,2012).
Spesifikasi iPad
iPad
generasi ke-2 dan seterusnya dengan 33 peratus lebih nipis dari generasi
sebelumnya. Dilengkapi pemproses CPU dual core A5 yang mana lebih pantas 2 kali
ganda dari sebelumnya. Manakala ipad 3 dilengkapi
cip pemprosesan A5X iaitu dua-teras pemproses dan empat-teras grafik
padanya. Apple menjangkakan dua kali laju
daripada iPad 2 dan empat kali pantas daripada cip Tegra 3.
Kamera
disediakan pada bahagian depan dan belakang iPad tersebut. iPad mempunyai
pembesar suara (speaker) terbina dalam, dan terdapat pengawal volume di sisi
kanan iPad tersebut. disertakan dengan audio-out jack, membolehkan sambungan ke
headphone. Juga terdapat mikrofon terbina dalam.
iPad
dilengkapi bateri berjenis Lithium ion polymer (LiPo). Memerlukan sambungan USB
untuk mengecas, namun hanya boleh dicas secara efektif menggunakan pengecas
charger yang disediakan kerana USB pada komputer biasa hanya terhad kepada
500mili Amprere, manakala bateri iPad memerlukan 2 Ampere (2000mili Ampere)
untuk dicas.
Semua iPad
dilengkapi WiFi, teknologi 3G yang dilengkapi dengan sistem GPS.
iPad hanya
boleh digunakan bersama aplikasi yang dimuat turun dari Apple Apps Store. iPad
boleh menjalankan hampir semua aplikasi dari iPhone. Aplikasi yang disertakan
bersama adalah Safari, Mail, Photos, Video, Youtube, iPod, iTunes, App Store,
iBooks, Maps, Notes, Calendar, Contacts dan Spotlight search.
Secara
ringkasnya di bawah adalah spesifikasi iPad 2, iPad mini dan iPad 3.
PERKARA
|
iPad 2
|
iPad mini
|
iPad 3
|
Saiz skrin
|
9.7”
skrin
|
7.9” skrin
|
9.7” skrin
|
Paparan
|
768 x
1024 pixels
|
1024X786
pixels
|
2048X1536
pixels
|
Pixel density
|
132 PPi
|
162 PPi
|
264 PPi
|
Layar
|
IPS LCD
|
IPS LCD
|
IPS LCD
|
Warna
|
16M
|
16M
|
16M
|
Pemprosesan
|
Dual
core A5 processor
|
Dual
core A5 processor
|
Dual
core A5X processor
|
Memori
|
512 MB
RAM
|
512 MB
RAM
|
1GB RAM
|
Kamera
|
0.7 MP
|
5MP
camera
|
5MP
camera
|
Video
|
960 x
720
|
1920X1080
HD
|
1920X1080
HD
|
Jadual 1 : spesifikasi
iPad2, iPad mini dan iPad3 (sumber : Apple store)
iPad
dalam pendidikan
Antara keguanan iPad
adalah untuk melibatkan murid serta guru untuk menggunakan antaramuka
skrin-sentuh (touch screen interface) iPad untuk membuat pembacaan, penulisan,
perancangan kelas dan juga untuk berhubung antara satu sama lain. Ini adalah
antara lain langkah Apple untuk membentuk semula landskap pendidikan yang akan
berfokuskan kepada peranti paling larisnya iaitu komputer tablet iPad.(Ikhwan, 2011)
Operasi ringkas dan memerlukan masa
yang singkat untuk dihidupkan (boot time) berbanding komputer biasa,
menjadikannya popular dalam tempoh yang begitu pantas. Golongan pendidik, tidak
kira guru sekolah mahupun pensyarah di institusi pendidikan tinggi turut tidak
terlepas daripada tempias teknologi itu. Salah satu cabaran sebagai seorang
pendidik ialah merangka pelan pembelajaran. Berita baiknya, terdapat cabang
teknologi yang boleh membantu seseorang menjadi seorang pendidik efektif.
Pada masa akan datang,
pelajar hanya membaca melalui komputer tablet untuk dibawa ke sekolah bagi
menggantikan buku teks. Hal ini kerana, komputer tablet berbentuk kepingan kaca
mudah dimasukkan ke dalam beg. Ia juga mampu menyimpan ribuan buku teks yang
membuatkan para pelajar tidak lagi perlu menyandang beg sekolah yang berat
dengan buku, pen dan buku catatan (Sharil,2010).
Tidak keterlaluan jika
menggelarkan iPad sebagai peranti magik kerana mempunyai kemampuan melayari
internet, menghantar dan membaca e-mel, melihat foto, video, mendengar lagu,
membaca e-buku, bermain permainan dan pelbagai lagi.
Dalam pada itu juga, iPad
yang digunakan mengandungi aplikasi untuk mata pelajaran bahasa Inggeris, matematik
dan sains. Para pelajar boleh melakukan analisis sebab dan kesan dengan
menggunakan iBrainstorm, mempersiapkan diri untuk peperiksaan lisan dan pidato
dengan AudioNote serta belajar memetik gitar untuk pelajaran muzik di
GarageBand.
Para pelajarnya belajar
mengenai pemfaktoran dengan hanya menggerakkan nombor-nombor di atas skrin.
Selain itu boleh membaca mengenai sel-sel haiwan dan melihat struktur otak
manusia dengan mengklik pada bahagian-bahagian tertentu bagi mengetahui serta
melihat dengan lebih lanjut dan boleh juga membuat struktur heliks ganda dua
asid deoksiribonukleik (DNA) manusia yang menyerupai rupa sebenarnya.(Juskhai,2010)
Menurut Apple AppStore (2012), terdapat
banyak aplikasi iPad yang boleh membantu para pendidik menguruskan masa dan
juga mencatatkan idea pelan pembelajaran antaranya adalah seperti :-
1. Pages : Guru dapat menyediakan
dokumen pembelajaran dengan lebih mudah dan lebih interaktif dengan aplikasi
yang disediakan
2. Keynote : Penyediaan ‘Slide
presentation’ lebih interaktif dan mudah dengan segala-galanya berada di hujung
jari guru.
3. Dropbox: Membolehkan rekod
berkaitan pelajaran disimpan di komputer dan diselaraskan dengan ruang simpanan
di Internet. Fail yang disimpan kemudiannya boleh diakses dari sekolah mahupun
dari komputer di rumah.
4. Quick Voice Recorder: Rekod
aktiviti pembelajaran di dalam kelas dan analisis butirannya bagi tujuan
pemeriksaan untuk menambah baik kualiti pembelajaran.
5. Idea Boards: Jangan biarkan idea
yang timbul secara spontan hilang begitu sahaja. Rekodkan idea dan jadikannya
draf untuk mengatur kelas. Anda juga boleh meletakkan peringatan pada nota-nota
yang telah disimpan.
6. World Atlas HD: Aplikasi percuma
yang ditawarkan oleh National Geographic ini membolehkan anda menggunakan peta
bagi tujuan rujukan. Peta ini boleh dikaitkan dengan elemen menarik agak
pelajar tidak mudah jemu ketika sesi pembelajaran.
7. BBC News: Gunakan sumber berita
terkini sebagai salah satu sumber material bagi menyediakan bahan mengajar
berkaitan peristiwa semasa, sejarah dan pelbagai lagi.
8. The Skeletal System Pro: Guru
biologi atau pensyarah kursus perubatan boleh memanfaatkan aplikasi ini untuk
memudahkan pemahaman pelajar mengenai sistem rangka, otot, pencernaan dan juga
anatomi yang lain.
9. GoSkyWatch Planetarium: Aplikasi
astronomi ini merupakan alat bantuan mengajar terbaik bagi subjek berkaitan
dengan astronomi. Ia boleh digunakan ketika mencerap bintang bagi mengukuhkan
lagi pemahaman para pelajar.
10. Cram: Pendidik boleh menggunakan
aplikasi ini untuk menyediakan kuiz dan juga ujian untuk pelajar. Guru juga
boleh mengakses bank simpanan kuiz dan ujian secara dalam talian bagi
memudahkan lagi penilaian tahap pemahaman terhadap satu-satu subjek yang
diajar.
Namun
begitu, dalam penulisan ini akan menerangkan dengan lebih lanjut hanya dalam
aplikasi pertama dan kedua sahaja iaitu pages dan keynote.
Bagaimana Cara Menggunakan Keynote Apple?
Menurut Norhaslinda, (2012) membuat pembentangan untuk pekerjaan atau
sekolah ini mudah dilakukan melalui aplikasi Keynote pada iPad kerana dapat
membuat ‘slideshow’ yang dinamis yang menyertakan gambar, file audio dan bahkan video di Keynote.
Pilih Tema untuk Pembentangan.
Aplikasi Keynote memiliki ‘built-in’ tema yang boleh di pilih untuk
digunakan untuk dalam pembentangan. Menggunakan tema yang akan memudahkan untuk
mereka tema dari awal. Tema ini akan menyediakan untuk ‘template’ pembentangan
yang lebih mudah dan menarik. Ketika Keynote dibuka pada iPad ia akan terus
dibuka dengan pemilihan tema. Cari melalui tema dan pilih salah satu yang
menarik. Boleh dilihat melalui fitur template seperti font yang digunakan,
kedudukan, sifat grafik dan warna latar belakang.
Membuat Slideshow.
Setelah memilih tema, bolehlah
mula membuat ‘slideshow’ untuk pembentangan. Pergi ke toolbar dan klik pada
tambah (+) tanda untuk menambahkan slide pada template. Boleh juga memilih
jenis Slide dan kemudian klik pada pilihan “New Slide” pada menu. Selain itu, dapat
menambahkan teks judul dan body text untuk menampilkan teks pada slide. Pada
slide master akan dapat di lihat pada ruangan yang dapat di gunakan untuk judul
dan teks. Klik di lapangan di bahagian atas slide dan jenis judul untuk slide. Klik
pada lapangan tubuh untuk menaip teks. Jika telah membuat teks untuk setiap
slide pada text editor, ianya hanya dapat menyalin dan menyisipkan data ke
dalam lapangan. Gunakan inspektur teks untuk mengubah font dan gaya
pembentangan. Menambahkan grafik untuk slide Anda dapat meningkatkan pembentangan.
Hanya dapat menyeret file gambar dari iPad ke dalam slide. Jika ingin mengedit
gambar, boleh menggunakan pengaturan pada inspektur.
Memperbaiki urutan slide Anda.
Mengatur urutan slide dalam pembentangan adalah mudah dengan menyeret
setiap slide ke dalam posisi yang diinginkan. Ini akan mudah untuk mengatur
beberapa slide dalam pembentangan dengan alat yang tersedia pada keynote.
Membuat Jadual.
Pergi ke toolbar dan pilih jadual untuk meletakkannya pada slide yang
aktif. Mengubah ukuran dari jadual pada slide dengan mengklik dan menyeret di
samping jadual. Jadual tarik ke posisi yang di inginkan untuk muncul pada slide
Anda.
Menyimpan dokumen.
Setiap kali Anda
membuat perubahan pada slide, Anda harus menyimpan pembentangan di iPad. Klik
File kemudian pilih pilihan Simpan. Selain itu, jika ingin menghantar ke e-mel,
boleh klik dalam ‘Setting’ kemudian klik ‘Send to e-mail’. Jika Anda ingin
melihat pembentangan tersebut, hanya pergi ke toolbar dan pilih ‘Presentation’.
Rujukan
Nor Hanis Hashim, 2012. Mengoptimumkan iPad anda. Siri Aplikasi
Gajet, SynergyMedia, Proflyers Enterprise, Kuala Lumpur.
Norhaslinda Zulkiple, 2012. IPad untuk Presentation.Siri Aplikasi
Gajet. Synergy Media, Proflyers Enterprise, Kuala Lumpur.
PAGES
Pengenalan
PAGES
adalah salah satu Apps yang digunakan untuk memproses penulisan dalam alatan
APPLE yang dikeluarkan oleh syarikat APPLE dan berharga USD9.99 di laman web
APPLE (http://www.apple.com/apps/pages/). Penggunaan PAGES ini adalah bertujuan
menukar ipad yang bertujuan untuk hiburan kepada alatan yang digunakan dalam
pejabat. PAGES bukan saja mempunyai fungsi yang ada pada WORD (Microsoft
office) di mana PAGES boleh digunakan sebagai alatan pemprosesan dokumen
manakala PAGES juga memaparkan cara pemprosesan yang lebih canggil dan menarik.
Ini adalah amat penting jika guru-guru sekalian ingin menggunaankan ipad
sebagai alatan untuk mengajar dalam kelas. Kelebihan ini iaitu lebih menarik
adalah dan sangat penting kerana kelebihan itu dapat menarik minat pelajar
sekalian untuk menumpukkan perhatian yang lebih.
PAGES adalah salah satu Apps yang diperlukan oleh semua
guru-guru, kerana penggunaan ipad adalah sangat berfaedah berbandingkan dengan
menggunakan komputer. Ini adalah kerana kecantikkan yang dipaparkan bagi setiap
produk syarikat APPLE. Kelebihan ini sangat penting untuk menarik minat pelajar
untuk membelajari ilmu dengan berkesan. Penunjukkan PAGES ini adalah untuk
memudahkan guru-guru sekalian untuk menyediakan soalan atau informasi untuk
pelajar-pelajar. Untuk itu, perbincangan tentang kegunaan dan kelebihan
penggunaan ipad dengan Apps PAGES akan dititikberatkan dalam bahagian ini
Penggunaan PAGES dengan iCloud juga merupakan salah satu
daya tarikan untuk menyimpan segala penulisan yang telah ditulis dan membuat
apa jua perubahan terhadap maklumat yang disimpan. Kelebihan iCloud adalah
memudahkan menyalinan dokumen dari iPad kepada iPhone atau iMac. Kemudahan ini
adalah penting untuk memudahkan kerja guru-guru iaitu boleh melakukan sebarang
perubahan dan persediaan bila-bila masa juga.
Selain itu, pelbagai kemahiran dan kelebihan akan
dibincangkan dan juga diperkenalkan supaya guru-guru dapat menggunakan Apps ini
dengan mudah dan selesa. Justeru itu dapat dijangkakan hasil pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan. Keberkesaan ini dapat menjamin
keputusan pelajar yang lebih baik.
Penggunaan PAGES
Pengunaan iPad yang semakin meluas adalah kerana sifat-sifat
mudahalih dan juga grafik yang amat menarik. Ini adalah sebab-sebab iPad dan
produk APPLE diingini oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun penggunaan
iPad adalah lebih kepada hiburan berbanding dengan penggunaan dalam penjabat.
Dalam pada itu, penambahan adalah amat penting untuk menukar alatan untuk
hiburan kepada alatan untuk berkerja. Dengan ini, pembelian Apps iaitu PAGES
adalah amat penting supaya dokumen-dokumen dapa disiapkan dengan alatan yang
canggih ini yang berfungsi dengan hujung jari sahaja.
PAGES memberi kepintaran yang lebih kepada kecantikkan berbanding
dengan fungsinya sebagai WORD. Kelebihan penulisan ini adalah PAGES memberi
kecantikkan kepadda surat, laporan dan sebagainya dalam bentuk yang menarik. Di
samping itu, fungsi iCloud juga dapat membantu semua produk APPLE seperti iPod,
iMac dapat menerima dokumen tersebut. Ini memudahkan kerja kerana perubahan
dalam dokumen boleh dibuat dengan iPhone yang dibawa juga.
Kelebihan
produk APPLE adalah mudah kendali, cantik dan menarik, di mana PAGES yang
dicipta adalah lebih mudah guna berbanding dengan produk WORD untuk komputer.
Penggunaan yang ringkas ini juga membantu dalam kerja penulisan. Iaitu dengan
pemilihan template yang disediakan dan mulakan kerja penulisan dan memasukkan
sebarang gambar yang menarik untuk menghasilkan dokumen yang diperlukan.
Kepintaran yang canggih ini adalah bertujuan memudahkan kerja tanpa memberi
kesukaran kepada pengguna.
Daripada
template yang disediakan iaitu sebanyak 16 jenis termasuk poster, surat,
laporan, jemputan dan sebagainya. Bentuk yang menarik dan juga kelebihan
tulisan berwarna, saiz yang berlainan dan juga latar belakang dokumen yang
disediakan semua disusun dan diselaraskan dengan menarik. Pengguna hanyalah
perlu memilih template yang diperlukan dan mulakan kerja mengedit. Penggunaan
jari sahaja dapat menyiapkan dokumen dengan sempurna. Selain daripada template
yang digunakkan, dokumen yang disediakan juga sangat senang diedit iaitu dengan
menggunakan bantuan jari-jari sahaja. Kemudahan mengedit ini hanya dapat
dirasai apabila iPad digunakan. Selain daripada tulisan, gambar-gambar yang
menarik juga boleh dimasukkan dalam dokumen ini dan terdapat pilihan untuk
mengedit kecantikkan dokumen tersebut iaitu menambahkan grafik dalam dokumen.
Pages
menekankan penulisan secara semulajadi iaitu menyentuh pelbagai (multi-touch)
yang dapat dirasai kepintaran semasa menulis dan menyeronokkan. Penggunaan iPad
yang boleh memusingkan skrin juga memudahkan penggunaan PAGES dengan
menggunakkan kedua-dua belah tangan untuk tujuan penulisan. Selain itu,
pembesar pintar juga membantu menyelaraskan saiz tulisan semasa menyediakan
dokumen. Di samping itu, terdapat bahagian yang menujukkan gambaran muka surat
yang lain yang memudahkan penggerakkan dari muka surat ke muka surat yang
berlainan. Kepintaran yang amat menyeronokkan ialah penggunaan mikrofon iaitu,
dengan hanya menyebut perkataan yang hendak ditulis dan akan dipaparkan
perkataan tersebut dalam dokumen tersebut. Penyediaan dokumen menjadi sangat
menarik jika semua teknik bantuan digunakan.
Untuk
menyesuaikan kegunaan jari tangan dalam penyediaan dokumen, proses penyediaan
bukan sekata penulisan, manakala lebih kepada penyediaan dari segi grafik juga.
Ini kerana, hanya sesentuh sahaja gambar yang diambil dapat dimasukkan dalam
dokumen yang perlu disediakan di mana pengubahan warna atau grafik juga
menyenangkan kerana semua kemudahan disediakan dan dapat digunakan dengan
mudah. Di samping itu, tambahan carta 3D juga disediakan dan pelbagai bentuk
grafik juga disediakan, contohnya bentuk bintang dan sebagainya. Kelebihan
PAGES lebih kepada grafik, kerana kecantikkan dan menyeronokkan adalah tujuan
utama penghasilan produk APPLE. GAmbar dapat dipusing, ditukar saiz dan
disimpan di mana-mana tempat di dalam dokumen tersebut dengan mengikut
penyeralas yang disediakan. Kepintaran Apps PAGES ini juga dapat dilihat
apabila penulisan yang tidak menyilang gambar yang disimpan, manakala perkataan
yang dibentuk adalah mengelilingi gambar tersebut.
Kepintaran
adalah tujuan utama iPad dapat diperhatikan iaitu, PAGES akan simpan dokumen
yang dibentuk semasa kerja dijalankan. Ini memudahkan kerja penyimpanan kerana
secara automatic dokumen disimpan. Kepentingan ini adalah sangat penting untuk
tujuan pengubahlan. Contohnya, kerja mengedit dijalankan dengan iPad dan dalam
masa yang berlainan penggunaan boleh menggunakan iPhone yang digunakan untuk
mengedit dokumen tersebut. iCloud membantu dalam mengilangkan halangan antara
alatan yang digunakan oleh semua produk APPLE. Dengan menggunakan alatan yang
berlainan, pengguna masih boleh membatalkan (undo) semula dokumen dengan
menggunakan alatan yang lain tetapi terhad dengan produk syarikat APLLE sahaja.
PAGES
menggunakan gaya penulisan yang sangat menakjubkan. Walaupun mula dengan
template, tetapi saiz dan format penulisan boleh ditukarkan lagi dengan
pembaris yang disediakan. Ini memudahkan penyediaan tajuk, penuju dan juga
susunan penulisan. Ini membolehkan dokumen yang disediakan lebih kemas dan
menarik. Dengan menggunakan jari, bentuk susunan dapat diubah dan ini
menakjubkan kerana penyusunan saiz dokumen, teks margin dan memberi nombor
dapat dilakukan dengan senang. Ini amatlah penting untuk menghasilkan dokumen
yang cantik dan menarik.
Selain
daripada yang dibincangkan, automatik mengesan kesilapan dalam penulisan juga
disediakan. Ini memudahkan pengguna untuk mengurangkan kesilapan dalam
penulisan. Setiap perkataan dalam dokumen akan disemak dan pilihan untuk
pertukaran juga disediakan. Fungsi ini menjadi senang agi PAGES kerana
penggunaan komputer untuk memilih perkataan yang betul adalah sukar kerana
tetikus dan keyboard adalah berlainan. Kelebihan skrin sentuh juga membawa
keseronokkan yang lebih kepada pengguna di samping sifat ini dapat menarik
perhatian pembaca yang ditujukan. COntohnya, guru yang menggunakan PAGES untuk
menyediakan dokumen dapat menarik perhatian pelajar sekalian kerana penggunaan
bahan teknologi akan menarik minat mereka.
Kegunaan
PAGES tidak membawa masalah langsung kerana semua komputer, produk APPLE dapat
mambaca dokumen tersebut. Ini adalah sangat penting kerana bukan semua
penggunaan menggunakan produk APPLE. Kepintaran ini amatlah penting untuk
memudahkan perkosingan dokumen antara penggunaan.
Kesimpulan
Penggunaan PAGES dengan iPad amatlah digalakkan atas sebab
kegunaan PAGES yang begitu meluas di samping penggunaan yang begitu mudah dan
senang kerana sifat-sifat iPad yang ringan dan senang di bawa ke mana-mana jua
tempat. Kepintaran yang sedemikian juga membantu guru-guru siapkan tugasan yang
diperlukan di mana-mana tempat, contohnya semasa berkelah, penggunaan iPad untuk
menyiapkan tugasan adalah meyenangkan kerana ringan dan ketahanan bateri yang
sangat memuaskan.
Selain daripada itu, penerimaan yang meluas adalah faktor
utama pemilihan PAGES untuk iPad kerana penulisan atau dokumen yang dihasilkan
adalah cantik dan menarik. Ini dapat menarik minat pelajar memberi tumpuan dan
pada masa yang sama mereka dapat menerima ilmu pengetahuan yang baru.
0 comments:
Post a Comment