Sunday, 14 October 2012

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 1

OBJEKTIF AM
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 1, murid dapat :
1. Mengetahui kesan malnutrisi;
2. Menyatakan institusi kekeluargaan dan isu berkaitan;
3. Menerangkan peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga;
4. Menghuraikan masalah remaja dan cara menghadapinya;
5. Mengamalkan keperluan makanan berdasarkan piramid makanan;
6. Mengklasifikasikan ubat dan dadah; dan
7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation, 
     Defibrillator ( D.R.A.B.C. D).


TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1. Kesihatan Diri.
Malnutrisi merupakan masalah pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi/berlebihan.
(i) Definisi
(ii) Jenis penyakit malnutrisi
(iii) Kesan malnutrisi
                - kurang darah
                - sembab
                - mudah pitam
                - tidak bermaya
                - obesiti


Murid dapat :
ARAS 1
-Menyatakan maksud malnutrisi.
-Menyenaraikan penyakit malnutrisi.
ARAS 2
-Menjelaskan kesan penyakit malnutrisi.
ARAS 3
-Mengenalpasti tanda dan symptom malnutrisi.



Guru boleh merujuk cadangan berikut bagi mencapai hasil pembelajaran.
-Perbincangan tentang jenis
penyakit malnutrisi.
-Kuiz.
-Kajian kes berkaitan tanda dan
simptom pengidap malnutrisi.
-Menggunakan rujukan pelbagai
media berkaitan dengan akibat
malnutrisi.
-Melawat hospital.
Guru juga boleh mencadangkan
aktiviti pembelajaran lain mengikut
kebolehan murid.

2. Kekeluargaan.
Setiap ahli keluarga mesti memainkan peranan masing-masing bagi memantapkan institusi
kekeluargaan dan mengelakkan masalah
kekeluargaan.
(a) Institusi kekeluargaan
(i) Makna perkahwinan
(ii) Kerukunan rumah tangga
(iii) Menghormati
                - orang tua
                - orang sakit
                - orang berkeperluan khas
(b) Isu kekeluargaan
(i) Persefahaman
(ii) Menghormati antara satu sama     lain
(iii) Jurang generasi
(iv) Lari dari rumah

Murid dapat:
ARAS 1
-Menyatakan makna perkahwinan dan kerukunan rumah tangga.
-Menyatakan cara menghormati orang yang lebih tua, ahli keluarga yang sakit dan orang berkeperluan khas.
-Menyatakan isu-isu semasa kekeluargaan.
ARAS 2
- Menerangkan cara penjagaan warga tua, ahli keluarga yang sakit dan orang istimewa.
ARAS 3
- Membincangkan peranan ahli keluarga untuk
mencapai ciri-ciri keluarga bahagia.


- Menyediakan folio tentang isu kekeluargaan.
- Main peranan.
- Perbincangan dalam kumpulan kecil.
- Meneroka isu sumbang mahram


TUNJANG PEMBELAJARAN 2 : GAYA HIDUP SIHAT
BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1. Pemakanan
Semua jenis makanan dapat dikelaskan kepada empat aras dalam piramid makanan.
Piramid makanan
(i) Aras Satu
- Bijirin, hasil bijirin dan ubi-ubian
(ii) Aras Dua
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
(iii) Aras Tiga
- Ikan, ayam, daging dan kekacang
- Susu dan hasil tenusu
(iii) Aras Empat
- Lemak, minyak dan gula


Murid dapat:
ARAS 1
- Menyatakan kumpulan makanan dalam setiap aras piramid makanan.
ARAS 2
-Menjelaskan peranan kumpulan
makanan pada setiap aras piramid
makanan.
ARAS 3
-Merancang hidangan makanan seimbang pada sarapan pagi, makan tengah hari
dan makan malam.


- Merujuk piramid makanan

- Perbincangan dalam kumpulan
kecil tentang piramid makanan

- Menyediakan folio
- Kuiz

- Analisis makanan harian murid

2. Pengurusan konflik dan stres
Stres boleh berlaku berpunca daripada pelbagai situasi dalam kehidupan.
Pengurusan konflik dan stres
(i) Maksud
(ii) Punca
(iii) Cara mengatasi

Murid dapat:
ARAS 1
-Menyatakan maksud konflik dan stres.
-Menyatakan sebab-sebab berlaku konflik dan stres.
ARAS 2
-Menjelaskan kesan konflik dan stres.
ARAS 3
-Menceritakan pengalaman menghadapi konflik dan stres dan cara mengatasi.



- Perbincangan dalam kumpulan
kecil tentang pengurusan konflik
dan stress

- Lakonan

3. Penyalahgunaan bahan
Dadah adalah berbahaya, namun ia boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat penyakit. Penggunaan tanpa nasihat doktor boleh memudaratkan.
(a) Definisi
                (i) Dadah
                (ii) Ubat
(b) Klasifikasi dadah dan ubat
Murid dapat:
ARAS 1
-Menyatakan definisi penyalahgunaan bahan iaitu dadah dan ubat.
ARAS 2
-Mengklasifikasikan dadah dan ubat.
ARAS 3
-Membincangkan
- Merujuk pelbagai media
berkaitan dadah dan ubat.
-Perbahasan bahaya dadah.
-Membuat poster.
-Perbincangan tentang
penyalahgunaan dadah dan
ubat.



TUNJANG PEMBELAJARAN 3 : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN
BIDANG/UNIT PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1. Keselamatan
Akta pengguna diadakan bagi melindungi pengguna daripada tertipu. Pengguna mesti tahu hak mereka sebagai pengguna.
Akta dan Undang-Undang
(i) Hak pengguna
(ii) Agensi terlibat
- Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna
- Gabungan Persekutuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
www.fomca.org.my/
- Mahkamah Tribunal Pengguna

Murid dapat:
ARAS 1
- Menyenaraikan hak dan tanggungjawab
pengguna.
ARAS 2
- Menjelaskan peranan agensi yang
terlibat dalam hal ehwal pengguna.
ARAS 3
- Membincangkan bagaimana
pengguna boleh menggunakan
perkhidmatan agensi yang terlibat .



- Merujuk pelbagai media berkaitan hak pengguna.

- Menjalankan kajian kes berkaitan akta dan 
undangundang pengguna.

- Menyediakan folio berkaitan
dengan akta dan undang-undang
pengguna.


2. Pertolongan cemas
Prosedur dan penilaian awal ke atas mangsa kemalangan atau pesakit yang tidak sedar akan diri (unconscious). Kecederaan dan bantu mula
(i) Prinsip dan prosedur D.R.A.B.C.D
- D : danger (bahaya)
- R : response (gerak balas)
- A : airways (laluan pernafasan)
- B : breathing (bernafas)
- C : circulation (edaran darah)
- D : defibrillator (Defibrillator)

Murid dapat:
ARAS 1
- Menyatakan prinsip dan prosedur
D.R.A.B.C.D.
ARAS 2
- Menerangkan cara melakukan D.R.A.B.C.D.
ARAS 3
- Menunjuk cara prosedur pertolongan cemas D.R.A.B.C.D. dengan berkesan.




- Tunjuk cara
- Menyediakan folio berkaitan kecederaan dan bantu mula
- Menonton video.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Pe4CmkJ4Jqk


POST BY : ZULHILMI

0 comments:

Post a Comment