Friday, 28 December 2012

ASSIGMENT EDMODO


ASSIGMENT 1


Modal RM1 juta. 
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? 
Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
- dengan modal 1 juta kami akan membuka kedai motosikal sewa bagi memudahkan pergerakan seseorang untuk mengelakkan diri daripada kesesakan jalan raya..bagi yang kerja pejabat,tidak lewat ke tempat kerja.bagi pelajar tidak lewat ke kuliah.motosikal yang disediakan adalah jenis yang terbaru. servis ditanggung oleh kami.kemudahan pengambilan motosikal yang rosak juga disediakan...diskaun disediakan untuk pelajar...(mohd farid & muhd zulhilmi)


ASSIGMENT 2

Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... 
Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
- sebelum: 
i. lokasi yang dipilih dekat dengan jalan raya untuk memudahkan pencarian tempat sewaan. 
ii. jauh dari tempat sewa motorsikal yang lain..(elak persaingan harga) 
iii. dekat dengan rumah sewa..(orang yang duduk orang sewa kebanyakan tiada kenderaan). 
semasa: 
i. bayaran dibuat setelah mendapat gaji (pekerja) & elaun (pelajar). 
ii. servis percuma motosikal sebulan sekali. 
iii. motosikal ditarik balik apabila 3 bulan tidak dibayar berturut-turut. 
setelah: 
i. memeriksa dan menggantikan komponen motosikal yang telah rosak. 
ii. memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk penyewa. 
(mohd farid & muhd zulhilmi)


ASSIGMENT 3

Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction
Teori multimodaliti adalah sub lapangan baru yang pesat membangun dalam kajian komunikasi bagi penerangan linguistik dalam pelbagai kaedah berkomunikasi dalam menyampaikan kepelbagaian maklumat melalui deria manusia - daripada imej atau tulisan kepada bunyi/muzik, realistik, dan audio visual. Menggunakan kaedah variasi yang sangat berbeza untuk mewakili maklumat dalam medium fizikal yang sama dan dengan itu akan dianggap oleh sistem deria manusia yang sama. Sebagai contoh, cahaya sebagai medium fizikal dan penglihatan sebagai deria manusia yang sepadannya di mana dengan penggunaan deria penglihatan untuk melihat teks bahasa, imej grafik, ekspresi muka, isyarat, dan banyak lagi adalah kaedah yang berbeza untuk perwakilan maklumat dalam medium fizikal yang sama. 

Multimodality instruction dari segi pembelajaran adalah memberi maklumat yang penting dan tugasan dalam format kedua-dua lisan dan bertulis untuk membantu menggalakkan akses kepada kandungan kursus. Satu pendekatan multi-modality merupakan arahan yang membantu pelajar-pelajar dalam mencari modaliti yang konsisten dengan kekuatan pembelajaran mereka. Sebagai contoh, Sukatan Komprehensif: Satu sukatan pelajaran yang komprehensif dengan kenyataan yang digariskan dengan jelas mengenai jangkaan berguna kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dengan struktur dan organisasi yang sesuai dengan kecerdasan kognitif mereka. Contoh lain, Nota berpandu di Web: Menyediakan pelajar dengan nota berpandu bahawa mereka boleh mengakses melalui laman web sebelum ke kelas membantu mereka dengan memberi tumpuan kepada bahan yang sesuai. Ia akan membantu mereka untuk belajar dengan lebih berkesan di dalam kelas serta mengambil nota yang baik. 


ASSIGMENT 4

Sila respon untuk isu ini pula 
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning 
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) 
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 
V.A.R. K. iaitu Visual, Auditory, Read and Kinesthetic (learning styles) 
Penggunaan video semestinya mengaplikasikan kesemua VARK stail, dengan menvisualkan content pelajaran, berserta audionya dengan boleh juga menayangkan isi pelajaran dalam bentuk tulisan dan kinestatis semestinya memalui pergerakan dalam video tersebut. 
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning 
penggunaan live video merupakan ubiquitous learning contohnya menggunakan video comferess bagi melakukan kuliah secara maya di mana pengajarnya berada jauh yang hanya berhubung melalui video yang boleh berpusatkan guru atau pelajar itu sendiri dengan perbincangan di antara mereka walaupun berada berlainan tempat. 
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) 
Penggunaan video dengan HOTS adalah memaparkan video HOTS dari negara lain bagi memupuk HOTS dikalangan pelajar. Pelajar boleh menvisualkan semua pelajaran dengan baik maka mampu meningkatkan kemahiran berfikir mereka dengan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian seperti menganalisis, menyelesaikan masalah, merangcang dan melaksanakan proses pemikiran. 
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar 
kemahiran sosial pelajar boleh ditingkatkan dengan menggunakan live video dengan melakukan video conferen dengan pelajar luar negara. Disamping menambah pengetahuan dari pelajar luar malah boleh meningkatkan kemahiran sosial pelajar. Boleh juga meningkatkan motivasi diri dengan berkongsi maklumat dan ilmu dari negara lain. 
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran 
meningkatkan kesedaran dengan memaparkan vedio kehidupan masyarakat yang daif atau masalah yang berlaku diluar bagi memberi kesedaran diri kepada pelajar dengan mengambil iktibar segala yang telah mereka tontonkan utuk diamalkan atau dijauhi. 


ASSIGMENT 5

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas? 
Kekangan yang mungkin dihadapi adalah dengan masa penyediaan video tersebut,contohnya video conferen perlu memastikan berada d hadapan computer pada waktu yang sama, misalannya jika waktu video conferen di England jam 8 malam maka di Malaysia mesti berada di hadapan computer jam 12 malam. 
Kekangan peralatan pula, jika di kawasan pendalaman, kemudahan peralatan menjadi kekangan utama kerana bekalan elektrik yang terhad, LCD tidak mengcukupi dan sisitem audio yang kurang sempurna. 
Perangcangan juga merupakan kekangan kerana tanpa perancangan yang baik, hasil pembelajaran tidak dapat di sampaikan dengan sempurna maka objektifnya tidak tercapai. 
Semesti peralatan bagi penayangan video ini sangat mahal. Jika tiada peruntukan dari pihak kementerian, maka kaedah penayangan video ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna.



ASSIGMENT 6

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas 

Sebelum 
Guru menyediakan RPH bagi melihat rangkuman pelajaran pada masa tersebut 
Menyediakan video yang mempunyai kaitan dalam RPH 
Memastikan semua peralatan bagi penayangan video dalam keadaan baik dan sedia digunakan pada masanya. 
Menayangkan video sepenuhnya menggunakan peralatan bagi mengelak masalah teknikal yang timbul semasa penayangan nanti. 
Meminta pelajar berada di tempat penayangan sebelum tayangan di jalankan. 


Semasa 
Pelajar telah berada di tempat tayangan 
Guru melaksanakan tayangan seperti yang telah dirancangkan 
Semua visual,audio dan kinestetik berjalan dengan lancer. 
Memastikan tiada masalah teknikal yang berlaku 

Selepas 
Meminta pelajar memberi maklum balas berkaitan dengan penayangan video tersebut. 
Mengatasi masalah yang timbul 
Menambah baik proses p&p pada masa yang akan dating berdasarkan maklum balas ppelajar. 



ASSIGMENT 7

Assignment manipulatives
1. Dapatkan satu contoh manipulasi yang anda boleh gunakan untuk pengajaran. Kemukakan manipulasi dan huraian tentang bagaimana anda akan menggunakannya, termasuk objektif. 

Saya akan menggunakan teknik manipulasi objek sebenar (real objek) untuk pengajaran saya. 
Saya memilih subjek sains, dalam bab biodiversiti subtajuk amfibia. Saya akan menggunakan teknik ini dengan mengenal organ dalaman seekor katak. 
Objektif pembelajaran: pelajar akan 
1. Menamakan sekurang-kurangnya 4 daripada 8 organ dalaman seekor katak. 
2. Mengenal pasti 4 daripada 8 kedudukan yang sebenar organ dalaman seekor katak. 
3. Menganalisa fungsi dan peranan 4 daripada 8 organ dalaman seekor katak. 
Saya akan meminta pelajar untuk melakukan pembedahan terhadap seekor katak yang masih hidup. Pelajar akan melakukannya dengan teknik yang telah diajar sebelumnya. Setelah melakukan pembedahan, pelajar akan diberi 8 senarai organ dalaman katak untuk dikenal pasti pada katak yang telah dibedah. Pelajar boleh melihat bentuk sebenar dan boleh merasa setiap organ dalaman katak tersebut. Pelajar akan meneliti bahagian organ yang sebenar dan menamakan setiap organ yang dilihat. Kemudian pelajar akan melabelkannya untuk mengetahui kedudukannya yang sebenarnya menggunakan senarai yang telah disediakan. Pelajar akan diberi tugasan bagi mencari fungsi bagi setiap organ dalaman katak yang telah dinyatakan. 

2. Rancang satu pengajaran yang akan merangkumi perjalanan medan (sebenar atau maya). Cari sekurang-kurangnya satu laman sesawang di dunia yang boleh menjadi tempat untuk melawat sebagai perjalanan medan maya dalam pelajaran anda. 

http://commtechlab.msu.edu/sites/dlc-me/zoo/ laman sesawang ini merupakan zoo mikroorganisma yang boleh membantu pelajar mempelajari habitat sebenar mikroorganisma di sekeliling kita. Pelajar akan mengetahui mikroorganisma yang boleh hidup di tempat kering, panas, lembap, air dan di udara. Hal ini akan membantu guru untuk memberi lebih pemahaman kepada pelajar tentang kehidupan mikroorganisma. 

Saya merancang untuk pengajaran Biologi Tingkatan 4 yang menerangkan berkaitan Mikroorganisma. Saya akan menerangkan kepada pelajar apa itu Mikroorganisma. Kemudian menerangkan habitat dan lokasi yang mempunyai mikroorganisma. Kemudian saya akan meminta pelajar untuk melayari laman sesawang http://commtechlab.msu.edu/sites/dlc-me/zoo/ bagi melawat kawasan yang mempunyai kepelbagaian mikro organisma ini. Saya akan meminta pelajar mencari mikroorganisma yang hidup di dalam beberapa kawasan. Pelajar akan menerangkan habitat yang diduduki oleh mikroorganisma tersebut. 




ASSIGMENT 8

Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya.... 
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi? 
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. 
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? 
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 
5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. 


Selamat Membaca, Memahami dan Menjawab.... Peace

1.     Mana-mana format media elektronik yang menggunakan “gambar bergerak” untuk membentangkan mesej boleh dirujuk sebagai video. Dalam teks ini, kita menggunakan istilah untuk merujuk kepada storan elektronik imej bergerak. Literasi Video merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk “mengambil” atau bermakna melihat video serta untuk menghasilkan video. 
Lima konsep teras asas untuk memahami literasi video: (1) seorang pengarang membina mesej; (2) format adalah unik untuk setiap mesej; (3) setiap penonton menafsirkan mesej yang berbeza; (4) mata pandangan dan nilai-nilai adalah sebahagian daripada setiap mesej; dan (5) kebanyakan mesej dianjurkan untuk mempromosikan tujuan tertentu. 


2.   i) Proses menonton boleh berpandukan dengan bertanya soalan    menangani 5 konsep teras iaitu 
a. Siapakah yang menciptakan mesej ini? 
b. Apakah teknik kreatif yang digunakan untuk menarik perhatian saya ? 
c. Bagaimana mungkin pelbagai orang memahami mesej ini dengan cara yang berbeza ? 
d. Apakah nilai, gaya hidup, dan pandangan yang diwakili atau ditinggalkan? 
e. Apakah tujuan mesej? 
     ii) konsep teras dengan soalan-soalan utama untuk membimbing pelajar menghasilkan video. 
a. Apa yang saya karang? 
b. Adakah MESEJ mencerminkan pemahaman dalam format, kreativiti dan Teknologi? 
c. Adakah MESEJ saya menarik dan mempersona untuk penonton Sasaran saya? 
d. Adakah saya jelas dan konsisten dirangka nilai, gaya Hidup, dan pandangan dalam MESEJ saya? 
e. Adakah mesej saya disampaikan dengan berkesan? 


3.       Sifat kepelbagaian video menjadikan ia menjadi satu sumber yang sangat baik dalam pendidikan untuk mengembangkan pembelajaran pelajar dalam empat domain utama: kognitif, afektif, psikomotor dan interpersonal. 
i) Domain Kognitif 
Pelajar boleh menilai kejadian-kejadian sejarah dan merakam hal-hal yang sedang terjadi. Warna, suara dan gerak membuatnya menjadi hidup. Video dapat menambah apa yang ada di buku teks dengan memperlihatkan proses, hubungan dan teknik. Pelajar dapat memahami isi kandungan buku jika ada hubungan dengan video yang ditayangkan. Pelajar akan membaca buku terlebih dahulu sebagai pengenalan pada suatu topik dan menggunakan video untuk membuat pelajar tertarik membaca topik tersebut. 
ii) Domain Afektif 
Bila ada unsur perasaan atau hasrat untuk pembelajaran yang efektif, biasanya video boleh berfungsi dengan baik. Mesej atau pesanan dramatik pada video boleh mempengaruhi sikap pelajar kerana potensinya yang besar untuk mempengaruhi perasaan, video boleh digunakan untuk membentuk peribadi dan sikap sosial pelajar terbabit. 
iii) Domain psikomotor 
Video sangat bagus untuk menunjukkan cara penggunaan sesuatu alatan. Demonstrasi boleh jadi lebih mudah dengan video dibandingkan dengan praktikal. Jika guru mengajar dengan langkah demi langkah sesuatu proses, guru akan menggunakan masa yang sebenarnya dengan hanya sekali sahaja, tetapi dengan video, guru boleh mempercepatkan proses yang lama atau memperlambat serta mengulang semula untuk menunjukkan proses secara terperinci. 
iv) Domain interpersonal 
Dalam perhubungan interpersonal, video akan memberikan kesempatan kepada pelajar untuk membincangkan tentang apa yang telah mereka saksikan bersama sama. Misalnya tentang perbincangan penyelesaian sesuatu konflik dan hubungan antara mereka, mereka boleh saling menilai dan menganalisis sebelum serta selepas menyaksikan tayangan video tersebut. 

4.      i) Bidang Lawatan Maya (Field Trip Virtual) 
Video dapat membawa pelajar ke tempat yang tidak mungkin didatangi. Kita boleh “pergi” ke tempat seperti hutan Afrika, ke kutub dan sebagainya dengan hanya melihat video. Video akan memberi maklumat yang lebih lagi daripada membaca artikel, melayari internet atau mendengar kuliah. 
ii) Dokumentari (Documentary) 
Video adalah media utama untuk mendokumentasikan kejadian sebenar dan boleh dibawa masuk ke dalam kelas. Dokumentari berkaitan fakta yang bukannya fiksyen yang direka. Ia menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku di sesuatu kawasan atau adat istiadat sesuatu kaum. 
iii) Pelakonan (Dramatization) 
Video memiliki kekuatan untuk membawa pelajar terpesona pada “drama kehidupan” tentang manusia yang belum pernah mereka lihat dengan sendirinya. Misalnya dengan melihat tayangan bagaimana forensik digunakan dalam menyiasat sesuatu kes jenayah. 
iv) Video Cerita (Video Storytelling) 
Kita suka mendengar cerita. Cerita boleh menghibur serta berpengetahuan. Kemahiran bercerita penting untuk mengembangkan pelajar dari segenap peringkat umur. Video cerita boleh membuat pelajar menjadi lebih kreatif, mengembangkan kecekapan dalam literasi visual, kemahiran menulis, dan menghasilkan video. Tujuannya adalah untuk menggalakkan pelajar mengekspresikan idea untuk bercerita. Dalam proses ini, pelajar boleh saling belajar antara satu sama lain. 

5.       Langkah pertama untuk mengintegrasikan sumber-sumber yang berguna adalah untuk mencari video yang langsung sejajar dan menyokong pencapaian objektif pelajaran guru. Langkah kedua adalah untuk menilai video yang dipilih untuk memastikan bahawa ia sebenarnya menjajarkan kepada matlamat guru dan akan memenuhi keperluan pelajar guru. 
i) Mencari Video. Dalam tetapan yang pendidikan, guru boleh meng akses pelbagai video pendidikan daripada pelbagai sumber. Dalam sesebuah negara dari sekolah hampir berjumlah lebih daripada satu juta guru menyediakan akses dalam talian kepada lebih 80, 000 video penerokaan digital pendidikan. Perpustakaan sekolah mempunyai media pakar merupakan sumber utama untuk mencari video yang dimiliki sama ada oleh pihak sekolah, daerah, atau pusat sumber serantau. 
ii) Menilai video Setelah guru memilih beberapa video yang berpotensi untuk di gunakan, guru akan menggunakan alat penilaian untuk menilai kewajaran video dengan pelajaran guru tersebut. Beberapa sekolah dan laman web guru di atas talian menawarkan borang penilaian yang standard hingga penilaian teliti melibatkan pelbagai faktor kepada orang lain. Satu penilaian yang baik dan ringkas cukup untuk tidak memburukkan video tersebut tetapi cukup untuk membantu guru memilih bahan-bahan yang akan meningkatkan pembelajaran pelajar. Dalam beberapa kes, hasil penilaian akan membantu dalam membuat keputusan ke atas pembelian atau penyewaan tajuk-tajuk tertentu.



ASSIGMENT 9

Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual
Visual hanya akan mempunyai fungsi komunikasi jika mempunyai ciri-ciri berikut: 
1. Mudah dan jelas dibaca / difahami 
2. Mesej mudah ditafsir. Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi perhatian pada visual 
3. Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual 
4. Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual 
Proses untuk menghasilkan visual adalah.. 
1.Arrangement 
First you must decide which elements to include in your visual. Then you ready to consider its overall "look" or Arrangement. 
2.Balance 
A psychological scene of equilibrium, or balance, is achieved when the "weight" of the elements in visual is equally distributed on each side of an axis, either horizontally or vertically or both. when the design is repeated on both sides, the balance is symmetrical, or formal. 
3.Color 
when choosing color scheme for visual, consider the harmoniousness of the colors. the color wheel is useful in helping us understand the relationships among the colors of visible spectrum. 
4.Legibility 
a visual cannot do they job unless all viewer can see the words and images. It's surprising hoe often this simple rule is broken. This applies to printed materials, projected visuals, and displays. 
5.Appeal 
Your visual has no chance of having an effect unless it captures and holds the viewer's attention. There are several techniques to provide appeal: style, surprise, texture and interaction. 
6.Universal Design 
When designing visuals, teachers need to use the principles of universe design to assist them in making the visuals useful to as many as possible regardless or their age, ability, or subject area. 
Berkaitan dengan kaedah menggunakan elemen-elemen grafik agar visual menjadi menarik. Terdapat enam prinsip reka bentuk visual. 
i. Simplisiti 
• Sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas 
• Sesuatu hasil mestilah nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh menarik perhatian 

ii. Dominan 
• Pusat penumpuan atau minat 
• Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mesti ditonjolkan agar dibaca maksud dengan 
• Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan 
• Rule of Third 
• Warna dan bentuk yang kontras 
• Saiz yang lebih besar 
• Menggunakan anak panah menunjukkan ke arah item utama 
• Menggunakan garis yang menunjuk item utama 
• Mewujudkan gerakan 
• Menggunakan lampu atau cahaya memancar 
• 
iii. Pola 
• Berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. 
• Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat 
• Menarik penglihatan mata ke arah item utama 
• Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul 
• Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sampai ke titik akhir 
• * Kesimpulannya, pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan perhatian penonoton / pembaca dan sekaligus memandu mereka maksud yang terkandung dalam visual 

iv. Seimbang 
• Keseimbangan perlu dalam rekaan sesuatu visual 
• Elemen grafik disusun seimbang agar mempunyai daya penarik dan keselesaan mata memandang 
• Terdapat dua jenis seimbang 
• Seimbang formal : seimbang yang sama atau simetri di antara kedua- bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah 
• Seimbang tidak formal : bermakna pembahagian yang tidak sama rata. 

v. Variasi 
• Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual 
• Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seolah-olah hidup 

vi. Harmoni 
• Memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/ pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen grafik, aliran persembahan dan kesatuan mesej.

Monday, 24 December 2012

teknologi abad ke 21


ABAD KE-21

Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1. Biasanya, penggunaan umum menganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2999. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telah pun diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21. Dekad-dekad sering dianggap sebagai bermula dengan tahun sifar dan diberikan nama yang sewajar, umpamanya "2010-an" dan sebagainya. Serupa dengan tempatnya abad ke-20 dalam penamaan "20th century Fox", abad ke-21 telah dipergunakan dalam nama pelbagai syarikat dan organisasi. (Sumber : Wikipedia bebas dalam Versi Bahasa Melayu; Tarikh akses : 24 September 2010).

PENDIDIKAN ABAD KE-21

Aristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita.

Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahun akan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (centre for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status "World Class Education".

 ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :
  • Pembangunan tenaga manusia
  • Kepesatan pertumbuhan ekonomi
  • Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
  • Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
  • Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
  • Pembangunan teknologi dan sains
  • Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.
‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintis kan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

Kesimpulan

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

GURU ABAD KE-21

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh .( Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010: m.s; 5 ). Guru adalah merupakan sumber kepada keberkesanan pendidikan. Walaupun sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya agen yang menyampaikan itu tidak efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya.

Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru atau pendidik itu perlu komited dalam :

1.      Menguasai Pelbagai Bidang.

Penting bagi seseorang pendidik untuk sentiasa bersedia menguasai ilmu bagi menjadikan diri mereka relevan dan sesuai dengan perubahan yang berlaku. Ini kerana guru yang mempunyai kombinasi beberapa ilmu pelajaran lebih baik berbanding dengan guru yang cuma menjurus kepada satu bidang sahaja. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam, seseorang guru itu perlu ‘berani’ mencuba sesuatu yang baru seperti menggabungkan pengetahuan Sains (Komputer) dengan Pendidikan Islam (Pendekatan Bersepadu). Bagi memastikan seseorang pendidik (guru) itu mampu menguasai pelbagai bidang, mereka (guru) hendaklah mengamalkan pembelajaran berterusan supaya guru sentiasa mengikuti perubahan yang berlaku dan menjadikan diri sentiasa bersedia menghadapi pelbagai cabaran.

2.      Mengikuti Perkembangan tentang Dasar dan Isu Pendidikan.

Seseorang guru yang berpengetahuan akan sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku khususnya perkembangan tentang dasar serta isu-isu berkaitan dengan pendidikan yang akan memberi impak kepada profesion perguruan serta perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dasar-dasar seperti dasar sains dan teknologi (sekolah berasaskan ICT) perlu diteliti dan difahami bagi membentuk guru yang berwibawa sekali gus membantu kepada melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran.

3.      Mahir Dalam Pedagogi (Pengajaran & Pembelajaran).

Kekuatan profesion perguruan dalam memastikan hasrat melahirkan generasi berkemahiran abad-21 juga bergantung kepada kecekapan seseorang guru itu menguasai pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi ini bukanlah berdasarkan kepada pengalaman atau pengetahuan ‘lapuk’ tradisional yang mana sistem P&P diamalkan terlalu bergantung kepada guru (teachers-centred).

Bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran abad-21 ini, seseorang guru itu ‘wajib’ mencuba untuk mengadaptasikan pedagogi inovasi teknologi di dalam P&P contohnya pembelajaran berbantukan komputer. Ini kerana pengetahuan dan kebolehan guru mengadaptasikan kaedah P&P yang inovatif akan memberikan kesan positif kepada perkembangan dan pencapaian pelajar.

4.      Menggunakan Teknologi Terkini.

Seseorang guru itu seharusnya mengorak langkah dan mengambil peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam pelbagai bidang. Penggunaan teknologi itu bukan sahaja dijadikan sebagai satu mekanisme di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga bagi menyelesaikan urusan harian.

5.       Menerapkan Nilai-nilai Murni (Akhlak).

Beretika merupakan satu elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara. Di samping pendedahan kepada teknologi, seseorang guru itu juga harus menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila di dalam hubungannya sesama manusia.

Ciri-ciri yang hendak dilahirkan  untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
  • ·         Kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)
  • ·         Kekuatan minda (kreatif dan proaktif)
  • ·         Nilai-nilai luhur dan harmoni
  • ·         Semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan, dan
  • ·         Keterampilan
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:

  • ·         Menguasai subjek (kandungan kurikulum)
  • ·         Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)
  • ·         Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka.
  • ·         Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
  • ·         Memiliki kemahiran kaunseling
  • ·         Menggunakan teknologi terkini
  • ·         Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
  • ·         Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain
  • ·         Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik

Tanggungjawab pendidik

1.      Membina budaya ilmu

a.      Teknologi dan perkomputeran

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketerampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.

b.       Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif

Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

c.       Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luas

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketerampilan mengaitkan domain teori dan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa, dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui 4 Pillars of Learning iaitu:

Ø  Belajar untuk menguasai ilmu
Ø  Belajar untuk menguasai kemahiran
Ø  Belajar untuk menjadi insan berguna
Ø  Belajar untuk harmoni dan bekerjasama

d.      Menerapkan nilai-nilai murni/ akhlak/ moral

Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

e.      Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri
Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan dasar pembangunan negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serba boleh, dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat saintifik, teknologi dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

2.      Membentuk Masyarakat Madani

Pendidik yang professional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nilai murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri "hi-tech", dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Maka konsep masyarakat madani merupakan wadah untuk membudayakan masyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara formal mampu menyusun dan membentuk masyarakat madani. Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.

Kesimpulan
Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotik dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

MURID ABAD KE-21

Menurut  Bernie Trilling dan Charles Fidel (2009) berkaitan kemahiran abad ke 21, murid pada abad 21 perlu menguasai kemahiran-kemahiran berikut:

·         Pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah

·         Kreativiti dan inovasi

·         Kolaborasi, kerja berpasukan dan kepemimpinan

·         Pemahaman antara budaya

·          Literasi komunikasi, maklumat dan media

·         Literasi pengkomputeran  dan TMK

·         Kerjaya dan belajar tanpa pergantungan (Career and learning self-reliance)

Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran iaitu :-

·         kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif
·         kemahiran berkomunikasi secara berkesan
·         kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
·         kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
·         kemahiran mencari, menginterpretasikan dan mengaplikasikan maklumat
·         kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
·         kemahiran kepimpinan dan pengurusan

Di dalam usaha ini, kurikulum perlu memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut :

(a) Pembelajaran Koperatif

Kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi berbagai tahap kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran ‘interpersonal’ merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan baik antara ahli kumpulan.

(b) Berfikir Secara Kritis dan Reflektif

Fokus aktiviti kurikulum kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru.

(c) Pengembangan Kreativiti

Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila individu tersebut diberi galakan.

(d) Kemahiran Generik

Kemahiran-kemahiran generik boleh guna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketerampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Pekerja yang mempunyai kepakaran akan begitu mobile dan kerap bertukar kerja. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan.

(e) ‘Multilingualism’

Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa untuk Rakyat Malaysia perlu menguasai dua bahasa atau lebih (selain daripada Bahasa Melayu) supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan, dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagai bahasa.

(f) Patriotisme dan Ketatanegaraan

Kesinambungan pembinaan semangat patriotisme dan identiti kebangsaan dilanjutkan. Kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional akan dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa Malaysia yang berwibawa dan bermoral tinggi.

(g) Penghayatan Nilai-Nilai Murni

Pemupukan dan penghayatan nilai murni masyarakat Malaysia dilanjutkan di samping nilai-nilai baru masyarakat moden. Hanya insan baik, beradab dan bermoral tinggi mampu menguasai ilmu-ilmu baru tanpa mengorbankan agama, akhlak dan kebudayaan bangsa. Insan baik, sedar insaf bahawa ia perlu menguasai ilmu bagi melaksanakan tugas terhadap dirinya, Tuhan, keluarga dan masyarakat manusia serta alam sekelilingnya.

(h) Pelbagai Kecerdasan

Setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbagai. Kesemua potensi seperti yang disarankan dalam teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, spatial, bodily-kinaesthetik, inter-personal, dan intrapersonal diberi tumpuan. Ini dapat melahirkan individu yang holistik dan seimbang.

(i) Kemahiran Belajar Untuk Belajar

Kemahiran belajar diajar seiringan dan disepadukan dengan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, bercakap di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KEMAHIRAN ABAD KE-21

Sebagai seorang penjaga, pendidik atau pekerja pada era ini, kebanyakan dari kita memang tidak dapat lari daripada ungkapan-ungkapan berhubung kepentingan kemahiran abad ke -21. Secara ringkasnya, pendidikan atau pembelajaran abad ke-21 berkitar pada pendapat bahawa persekolahan selama 150 lalu ialah ciptaan abad ke-19.

Persekolahan kita harus diubah seiring dengan permintaan ekonomi terkini. Sekolah kemahiran dan pembelajaran yang direka untuk menyediakan pelajar untuk bekerja dan hidup dalam ekonomi perindustrian perlu pemikiran baharu.

Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke-21 dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.

Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog.

Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.

Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah.  Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.
Seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam dunia global, bidang pendidikan turut tidak terkecuali. Beberapa kajian tentang kemahiran dan tahap kompetensi yang diperlukan oleh seorang mahasiswa dalam abad ke-21 ini telah dilakukan di serata dunia. Kajian yang dijalankan oleh D'Andrea dan Daniels (2002) misalnya, mendapati bahawa mahasiswa memerlukan kemahiran baru untuk lebih berjaya dalam dunia pendidikan dan juga kehidupan seharian. Contohnya:

·         Komunikasi
-Pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan.

·         Kepekaan Silang Budaya
-Dapat memahami dan bekerjasama dalam pelbagai budaya.

·         Pelbagai Bahasa
-Keupayaan untuk berkomunikasi menggunakan lebih dari satu bahasa.

·         Kemahiran Mengurus
-Keupayaan untuk mengurus dan membantu orang lain melaksanakan, menyelesaikan masalah dan konflik.

·         Kerja Berpasukan
-Dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat.

·         Kreativiti
-Dapat menyumbangkan pemikiran yang berbentuk kreatif dan artistik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

·         Keupayaan Untuk Menyesuaikan Diri
-Mempunyai kemampuan untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan perubahan.

·         Empati
-Kemampuan untuk memahami perasaan dan idea orang lain dari sudut pandangan mereka.

·         Pengurusan Stress (Relaxation)
-Berkemampuan untuk mengawal situasi stress dan mengenal pasti punca stress.

·         Etika Kerja
-Dapat mempamerkan etika dan disiplin kerja yang baik dan tinggi.

·         Disiplin Diri
-Dapat mengawal diri dan tingkah laku dalam kaunseling dan hal peribadi.

·         Tanggungjawab
-Mempunyai aspirasi untuk mencapai tahap akauntabiliti yang tinggi.

·         Pemikiran Diskriminatif
-Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pemikiran yang berbeza.

·         Kemahiran Tatabahasa
-Mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pandangan dan idea yang lebih baik.